Friday, October 29, 2010

maaf..

salahkah jika ibu dodoikan
tidurkan anak diatas pangkuan
salah dan silap hamba lakukan
ampun maaf hamba pohonkan

badang kuat bertubuh sasa
mencabar dia eloklah berjaga
tersilap kata tersasar bahasa
kesalahan hamba maafkan juga

bulan mengambang bintang berkelipan
pungguk merindu amat merawan
andai menyinggung juga melukakan
kupohon maaf darimu kawan

cekap bersenjata datuk panglima
gagah , berani juga perkasa
andai dikau tidak dapat menerima
mohon dimaafkan segala dosa

di tepi sungai berenang-renang
tebarkan jala tangkap gelama
jangan disebut jangan dikenang
lupakan sahaja sengketa lama

puteri bersiram di tepi perigi
mencedok air berhati hati
izinkan hamba berlalu pergi
jangan ada dendam dihati .

No comments:

Post a Comment